*tajuk entry bedal ja tu. kahkahkah ^^" Isnin lepas pembukaan MSSM kali ke 54 di mana negeri aku yang comeyy, perlis menjadi tuan rumah. yay! dengan tema yang cukup gah "glow in the dark" dah tentu tentu aku berasa sedikit bangga *tepukdadatepukdada . tapi bajet macam aku pi la kan opening tu. haremm, dop pi pun. frust sangat frusstt ! dengar dari mulut orang ja tu pun T.T
masa dulu aku kalut ja tunggu bila nak MSSM kat perlis. sungguh. dulu opening kat negeri orang lain takda lah hebat sangat. paling hebatlah, langut tengok atas ada payung terjun. teruja teruk sampai semua menjerit "woooaaa". padahal payung terjun ja pun -,- budak budak masa tu, mana tau apa.
aku sekolah dulu atas tiket sukan, siapa yang tahu, tahulah. hari hari trek dan padang saja yang aku nampak. dari sekolah rendah sampai habis sekolah menengah. tak pernah merasa cuti sekolah yang panjang macam budak budak biasa. penat, mengeluh, menangis. selalu.
menangis sebab kena marah dengan jurulatih, menangis kena lari padang berpuluh kali, menangis sebab kalah masa pertandingan, menangis sebab kena melompat jauh berkali tanpa henti, menangis sebab penat. menangis sebab tak terpilih masa turnament tapi yang itu manis.
sekarang bila umur macam ni dah tak boleh nak buat macam umur belasan tahun dah. betullah orang kata. "zaman sekolah yang seronok dengan kawan kawan" bila dah mula kerja nanti, takda masa nak berseronok sangat dah pun. kan?
5 tahun tinggal sekolah, aku rindu pasir dekat sekolah, pasir dekat stadium. rindu trek biru sekolah yang sekarang dah warna merah. rindu suasana stadium. jerit kuat kuat bagi sokongan. rindu nak jeling jeling dengan team sekolah lain. rindu rambut pendek, nak boo kat budak budak lain. rindu batton, rindu nak main dumbbell. aku rindu syed hassan :')
harini pun dah penutup rasanya. 10 tahun lepas aku MSSM kat pahang. tahun depan dah kena turn pahang balik. 10 tahun. pejam celik ja kan. oww ! terlupa. bila ada mulut yang selalu bercakap macam ni.
" hang duk perlis bukan ada apa pun. bosan ja. mall takda, nih takdak nuh takdak "
ayat bangang lah tu. nak membahan negeri aku. aku ada mak ayah adik kat sini. saudara kat sini. kawan kawan, sekolah, cikgu cikgu, kucing aku. macam macam kat sini. biaq negeri kecik comey takpa, sebab ni tanah tumpah negeri aku. ecewahhh :p


